SHAH ALAM: Sebanyak 2,460,189 pencari kerja berdaftar dengan portal MYFutureJobs setakat Disember tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 46,000 merupakan pencari kerja dalam kalangan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), 106,000 lepasan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), manakala selebihnya daripada kumpulan lain.
Sim berkata dalam hal berkenaan, portal MYFutureJobs yang dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukan hanya sebagai pusat pangkalan data pekerjaan, tetapi juga sistem dipacu dengan kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi memadankan pekerjaan antara majikan dengan pekerja.
"... malah portal ini juga menjadi gedung maklumat yang berpotensi menjadi panduan kepada pembuat dasar, dan orang berkepentingan seperti majikan, pekerja, penyelidik mahupun masyarakat sivil secara amnya tentang pasaran kerja di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya Kementerian Sumber Manusia MADANI MyFutureJobs OKU dan TVET oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.
Berkenaan karnival kerjaya selama tiga hari itu, Sim berkata sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan melalui penglibatan lebih 100 majikan daripada pelbagai sektor.
Beliau berkata karnival kerjaya itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan tumpuan terhadap golongan OKU serta lepasan TVET, sekali gus menjadi bukti keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan pasaran kerja yang lebih terangkum selaras konsep MADANI.
Antara majikan yang terlibat pada karnival yang berlangsung serentak di 11 negeri itu ialah Kementerian Pertahanan (Tentera Udara Diraja Malaysia), Prasarana, Petron, 99 Speedmart, Exchange 106 dan MSM Malaysia Holdings Berhad.
Dalam perkembangan lain, Sim berkata pemerkasaan sektor latihan kemahiran dan TVET mampu meletakkan Malaysia mencapai taraf Ivy League, dibantu dengan kehadiran syarikat-syarikat bertaraf dunia di negara ini seperti Intel, AMD, Hitachi dan Clarion.
"Hari ini kita menjadi tuan rumah kepada syarikat teknologi bertaraf dunia seperti AWS, Nvidia, Ali Baba, Geely, Ericson, Infineon. Justeru, tiada sebab kenapa sektor latihan kemahiran kita tidak boleh dibangunkan ke standard Ivy League," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Anwar dan Sim (tengah) menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman antara CEO Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz dan CEO Usanita Sdn Bhd Datin Seri Adzlina Hasan pada pelancaran karnival kerjaya di Shah Alam, 1 Mac 2024. --fotoBERNAMA
32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di China
Seramai 32 pelajar TVET akan dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam advanced electric vehicle (EV).
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) iaitu masing-masing dua bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya sempena Aidiladha ini.
Hayati prinsip dalam memupuk keharmonian
Keharmonian perlu dipelihara, dipupuk dan diterapkan dalam diri bermula daripada diri sendiri dan kemudian diwariskan kepada generasi seterusnya.
Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
PM anwar mahu ayat lain digunakan, ganti perkataan toleransi
Sebaliknya, beliau mahu Kementerian Perpaduan menggunakan ayat “semangat perpaduan ke arah kasih sayang, saling hormat-menghormati sesama insan”.
Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Negara luar memandang tinggi dan memuliakan Malaysia bukan hanya kerana ekonomi negara melonjak namun juga kerana kestabilan politik dan perpaduan rakyatnya.
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan, bukan perpecahan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, rakyat seharusnya menjadikan perbezaan itu sebagai kelebihan, sekali gus menjadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia.
[TERKINI] Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan kerusi Isnin ini
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini.
Tumpuan Ahad – 26 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
El-Sisi, Biden setuju hantar bantuan ke Gaza melalui lintasan Karem Abu Salem
Kedua-dua presiden membincangkan situasi kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza.
Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Malaysia sebuah negara hebat dan perpaduan itu merupakan salah satu faktor negara ini dipandang tinggi negara lain.
Lebih 153,000 jawatan kosong diiklankan di MyFutureJobs
Sebanyak 7,638 jawatan kosong ditawarkan menerusi Karnival Penjana Kerjaya anjuran Perkeso.